Adalah untuk makluman semua ahli, yuran keahlian tahunan sebanyak RM100 untuk ahli pada tahun 2020 & 2021 akan dikecualikan kerana persatuan tidak dapat menjalankan banyak aktiviti disebabkan Pandemik Covid 19 yang melanda negara dan masih dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini.
2. Laman web rasmi MASSCON telah dikemaskini bagi kegunaan ahli dan orang ramai mengenali lebih lanjut berkenaan Persatuan Kontraktor Sistem Keselamatan Malaysia. Bagi ahli lama yang telah berdaftar tapi masih belum mengemaskini laman syarikat masing masing, anda dikehendaki serta merta mengemaskini dan melengkapkan info syarikat anda termasuk logo syarikat, info dan juga gambar. Bagi ahli yang baru berdaftar boleh berhubung dengan Setiausaha untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata laluan bagi kemaskini laman syarikat.
3. Sehubungan dengan itu, pihak persatuan akan mula mengedarkan sijil keahlian, kad keahlian dan juga Baju-T Rasmi MASSCON. Bagi ahli yang telah bertukar alamat, sila maklumkan pada Saudara Faiz (Timbalan Pengerusi) pada kadar segera.
4. Bagi pihak jawantankuasa, kami sedang melakukan perubahan drastik dalam memperkasakan persatuan, bagi ahli yang ingin menyumbang tenaga dan buah fikiran boleh menghubungi saya dalam membantu menjayakan agenda permerkasaan MASSCON ini.
Sekian,
Terima Kasih.
MUHAMMAD AMIN BIN RAZALI
Setiausaha Agung,
Persatuan Kontraktor Sistem Keselamatan Malaysia (MASSCON)