Makluman kepada semua Ahli Persatuan, Persatuan Kontraktor Sistem Keselamatan Malaysia
KENYATAAN RASMI, 09 SEPTEMBER 2021
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN BAGI TAHUN 2021
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Kontraktor Sistem Keselamatan Malaysia (MASSCON), akan mengadakan mesyuarat Agung Persatuan pada:
Tarikh : 09/10/2021
Masa : 10.00AM – 12.00PM
Tempat : Aplikasi Zoom
- Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
3.1 Bacaan Doa & Ucapan Pengerusi Majlis
3.2 Kata-kata aluan oleh Pengerusi
3.2 Pengenalan Struktur Organisasi oleh Setiausaha Agung
3.3 Pendedahan Pada Media Sosial Persatuan & Laman Sesawang Setiausaha Agung
3.4 Laporan Kewangan Persatuan oleh Bendahari
3.5 Pembubaran Jawatankuasa Sesi 2019/2021
3.6 Pemilihan Jawatankuasa & Pembentangan Calon Pengerusi & Timbalan Pengerusi Sesi 2021/2023
3.7 Perancangan Program Persatuan sesi 2021/2022
3.8 Perkara Berbangkit
3.9 Ucapan Penutup
- Untuk makluman, ahli yang ingin menjadi calon pengerusi dan timbalan pengerusi persatuan hendaklah memaklumkan menerusi email kepada setiausaha agung (amin@masscon.my) selewat-lewatnya 5 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan. Pencalonan semasa mensyuarat adalah tidak dibenarkan. Pencalonan jawatan lain adalah dibenarkan semasa sesi pemilihan.
- Sehubungan dengan itu, semua ahli persatuan dijemput untuk menghadiri menyuarat tersebut. Segala kerjasama dan keperihatinan adalah amat dihargai dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan yang pertama ini.
Sekian, Terima Kasih.
MUHAMMAD AMIN BIN RAZALI
Setiausaha Agung,
Persatuan Kontraktor Sistem Keselamatan Malaysia