Menggesa Kontraktor dan Syarikat patuhi SOP Cegah COVID-19

Merujuk kepada penularan wabak jangkitan Coronavirus Diseases 2019 (COVID-19) yang telah melanda negara malaysia baru baru ini, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat malaysia untuk mencegah dan menghapuskan penularan wabak covid-19 yang merbahaya ini, sehubungan dengan itu, Persatuan Kontraktor Keselamatan Malaysia iaitu (MASSCON) menyeru agar :

Semua kontraktor, syarikat yg berdaftar perlu mematuhi SOP iaitu garis Panduan Amalan Langkah Pencegahan Covid-19 di tapak binaan atau ditempat kerja yang telah dikeluarkan dan dan ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) , Kementerian atau Agensi yang berkaitan iaitu :

1. Majikan atau penyelia membuat saringan suhu serta merekodkan setiap staff dan pelanggan yang memasuki kedai atau premis.

2. Mematuhi jadual kerja yang disediakan oleh majikan bagi meminimumkan jumlah bilangan pekerja yang hadir.

3. Mematuhi prosedur kerja selamat dan arahan kerja yang ditetapkan di tempat kerja.

4. Digalakkan memakai penutup hidung dan mulut iaitu facemask pada setiap masa serta menggunakan hand sanitiser yang disediakan di tempat kerja.

5. Mengamalkan penjarakan sosial di antara pekerja di tempat kerja (melebihi 1meter)

6. Sentiasa membasuh tangan dengan sabun agar sentiasa dalam keadaan yang bersih.

Akhir kalam, harapan MASSCON kepada semua kontraktor dan syarikat, bersama-sama kita ikut arahan atau SOP yang telah dinyatakan dan ditetapkan bagi memastikan risiko penularan wabak ini terutamanya di tempat kerja dapat dicegah dan diputuskan demi keselamatan, kesihatan dan kebajikan sesama kontraktor.

Sekian dan Terima Kasih, Salam Hormat :

PERSATUAN KONTRAKTOR SISTEM KESELAMATAN MALAYSIA (MASSCON)